To infinity, and beyond!

posted by Mo(:


Hidup umpama rubik.


Jika kau tak reti menyelesaikannya,kau gagal untuk mencari jalan keluar, kau tewas.Tewas seakan Pak Pandir yang terpaksa menggadai kampungnya dek menyabung ayam. Bodoh bukan? Tentu kau tak nak jadi macam tu.


Ada seorang kawan pernah berkata, “Its all about balance. Balance kaki,sure boleh panjat. Balance hidup,sure boleh makannya.” Ye, dari kata kata beliau kau boleh mengagak itu datangnya dari rakan climbers aku. Paan namanya. Budak yang bijak. Jadi aku percaya dengan kata katanya.


Akan tetapi, jika kau sendiri tidak berusaha untuk mencari balancing, jika kau sendiri tidak berusaha untuk menyelesaikan rubik yang berterabur urutan warnanya, kau kalah.Kau tewas.Seperti Pak Pandir.


Sesetengah dari kita suka mengomel begini; dah qadha & qadar aku jadi macam ni. Terima je lah ketentuan Illahi.


Tapi kau pasti sebelum kau redha, kau sudah berusaha sehabis mungkin? All out? Jika tidak, itu bukannya redha. Kau yang sengaja enggan memajukan diri. Aku pasti, Tuhan tentu ada memberi kau peluang di mana mana tapi kau sendiri yang malas untuk merebutnya, takpun, telah mensiakannya.


Seseorang lagi pernah berkata, “ I disagree with the term of talents. For me, its all about hardwork.I believe that is everything. ” Diucapkan oleh seorang rakan climber juga. Faisal. Seorang yang gigih berusaha untuk climb dengan lebih hebat dan bergaya. Aku kagum dengan kerajinannya.


Semuanya datang dari diri kau sendiri.


Namun jangan sesekali kau mengabaikan keluarga dan kawan kawan. Kerana dua unsur ini lah yang akan membantu kau, turut sama menangis bersama dikau di sepanjang perjalanan menempuh kehidupan; yang kadang kala memanglah sangat tidak adil.


Kau dah dapat CAT.
Setahun setengah, lepas itu kau sambung ACCA.
Umur 21 dah boleh kerja.
Hebat kan?


Tapi kau cukup hebat kah untuk menyahut cabaran ACCA itu?
Lupakan ACCA, adakah kau cukup bersedia untuk bertarung dengan CAT?
18 August sudah midterm Hanan.
Kau pasti kau dah bersedia untuk itu?


Ye, aku mengetuk papan kekunci yang berbunyi kelatak keletuk ini, bukanlah untuk tatapan dan pengajaran kau semua sahaja. Jika ada yang membaca lah. Akan tetapi adalah kebaikan untuk aku juga. Untuk aku sedar dari mimpi. Keluar dari zon selesa.


Mengingatkan kepada diri bahawa di hadapan kita terbentang satu perjalanan yang penuh ranjau duri tapi kau pasti akan mengenang lagi menyimpan kemas segala memori yang terpahat demi mencapai impian masing masing.


I am nothing without dreams to achieve

Ayuh kawan kawan! Tak kesah la kau di mana. Matriks. Universiti. Kolej MARA. Kolej Swasta.


Ayuh kita melakar kain kehidupan masing masing dengan lukisan yang paling cantik.


Semoga berjaya.


Nota kaki; Perhatian kepada si Kurakura,
scroll ke bawah. Ada lagi satu post untuk kau.


4 comments:

  1. " Ayuh kawan kawan! Tak kesah la kau di mana. Matriks. Universiti. Kolej MARA. Kolej Swasta "

    form six? huhu.

    gudluck!!!!!

    ReplyDelete
  2. yg gadai kg tu pak kaduk, bukan pak pandir.
    tapi pak pandir rebus anak, pun bodoh jugak.
    hehe :D

    ReplyDelete
  3. ella ; goodluck kepada kau juga :D lai bikin kain kehidupan yang penuh warna warni


    sastraboy ; HAHA sorry.lupa lupa. takpe. special untuk dikau wahai student form6, semoga berjaya! woot. kita generasi hebat


    yong ; oh ye,heh lupa. malu. oh well. ;p

    ReplyDelete