Biarlah. Abaikanlah. Takpelah.


Sesuatu yang ada permulaan pasti ada pengakhirannya. Kau setuju tak dengan statement ni wahai Bodyguard?


Meskipun terasa sakit tatkala saat pengakhiran itu tiba, namun biarlah. Benda sudah atau mungkin berlaku. Jangan kita lupa bahawa di antara mula dan akhir, ada satu ketika. Satu ketika di mana pahit manis kita rasa bersama. Kita gelak pecah perut, kita meratapi kesedihan di tengah malam.


Banyak memori, kenangan, aku dengan kau.


Yang mana membuatkan aku tak sanggup menghadapi hari ‘pengakhiran’ .


Tidak akan disangkal lagi, di hari itu, aku akan menangis. Menangis. Menangis.


Hairan, kerana sebelum ni aku bukanlah seorang yang cengeng. Jikalau dipandang melalui luaran, aku nampak macam heartless. Tetapi kau semua mana tau yang jauh di dalam,hati ni kepedihan. Tapi aku malas nak cerita kat orang, aku malas nak membebankan orang. Kalau aku nangis pun aku nangis masa hujan, kerana masa itu orang tak boleh nak differentiate di antara air mata dan hujan.


Kau caring. Kau comel. Kau kelakar. Kau slumber. Kau manis.


Sekejap je kita jadi rapat kan? Padahal jumpa baru sekali. Dan peratus untuk jumpa lagi sekali, macam, sangatlah sikit. Tapi takpelah. Since kau pun lagi selesa begini; ber-texting, berbalas blog,membuat kecoh di wall masing masing. Cuma cuti kau hampir tamat tempoh, kau bakal kembali ke SeMac. Ye, macam yang kau dah bagitau aku semalam,pasni kita pasti akan jarang berbual lagi. Tiada lagi berborak hingga ke tengah malam.


Yang pasti, nanti, aku rindu nak kira biri biri.
Aku rindu nak cakap “ok fine”.
Aku rindu nak dengar kau panggil nama aku.
Aku rindu segala nasihat kau.
Aku rindu gelak tawa kau.
Aku rindu kau.


Ye, coretan kali ni memang panjang. Kerana aku mengandaikan bahawa ini akan menjadi post yang terakhir di antara aku dan dikau. Tapi terima kasih jugak lah kepada kau, dengan aktiviti kita ni, hidup sikit blog aku ini. Walaupun isi perut blog yang dipost hanya kita yang faham.


Aku sayang kau.


Selepas ini, diharapkan kau jaga diri elok elok la eh? Jangan carik gaduh sangat dengan perempuan.


Aku masih sayang kau.


Janji BR, tunggu hujung tahun ye! Tunggu aku habis final exam, lepas tu kau nak segala macam perisa aiskrim kau mintak lah. Makan sampai perut bulat.


Aku sayang kau sangat.


Dan aku janji, pasni aku akan menjadi diri aku yang ‘ghock’ kembali, sepertimana yang kau suka melabel aku sedemikian, meskipun aku masih tidak percaya dan enggan mengiyakan apa yang kau perkatakan itu. Aku akan menjadi student CAT yang berjaya juga.


Dan mungkin, di satu masa kita berjumpa nanti, aku mungkin sudah mempelajari untuk tidak takut dengan kucing.

Au revoir!

1 comment: