Kun Fa Ya Kun

posted by Mo(:


Semalam naik LRT,train berhenti di KLCC. Berpusu pusu orang masuk. Tidak terkecuali ialah sekumpulan budak budak yang berumur di lingkungan 8 - 10 tahun yang ditemani oleh dua orang dewasa. Baru pulang dari Petrosains mungkin.


Train kembali berjalan seperti lancar,mereka semua terkial kial mencari tempat untuk dipegang.Comel. " Whoa whoa, " kedengaran suara jakun mereka.


Terdetik dalam hati,aduhaii alangkahnya suci mereka.


Kita dah beribu kali naik LRT,langsung tidak merasa apa apa sekarang.Tetapi mereka begitu teruja.Adik,banyak lagi benda pasal dunia ini yang kau belum terokai.


Namun jangan pula kau meneroka jalan yang salah.


Sebagai manusia biasa,memang banyak khilaf kita.Tergelincir daripada landasan yang betul itu ada berlaku.Namun kita hanyalah mengikut norma.Manusia memang tidak sempurna.


Tergelincir sekali tidak bermaknanya tergelincir selamanya.


Memang betul.Hati yang sudah hitam sukar untuk menjadi putih semula.Tetapi bukankan lagi elok jika kau putihkan semula,menjadi kelabu pun tak mengapa.Manusia yang punyai akal,pasti boleh membezakan antara yang baik dan buruk.Mahukah kau berhati hitam,berperangai buruk hingga ke akhir hayat?


Perjalanan masih jauh.Mungkin akan terdetik keinsafan dalam diri untuk berubah.Mungkin sahaja kau temui cahaya kebenaran.Masih belum terlambat untuk patah balik.Waktu itu milik kita semua.


Tuhan Maka Penghukum,tapi Tuhan juga Maha Pengampun.


Nota kaki; Ye.sudah timbul kesedaran sikit mungkin.
Midterm sudah dekat. Mahu belajar kuat kuat!
Woot



2 comments: