Kepala pecah


Atas permintaan si pakwe yang mengadu mengatakan hari hari tengok blog ada gambar wanita baldi je, aku pun mulalah menekan papan kekunci, dengan usaha akan menghasilkan satu post yang baru.


Tapi ini hanyalah satu post yang biasa biasa saja.


Tiada motif, tidak best mana.






Gelagat teman sebilik 1414 tatkala di Starbucks Seksyen 9, Shah Alam; dengan niat yang cukup tulus hendak belajar.


Sekarang musim exam wehh, dan kami budak CAT tidak terkecuali. Berbeza dengan mereka yang sedang final, kami hanya menduduki trial. Masih ada trial? Ya, macam budak SPM pula kan.


Mujur trial ini tidak membawa apa apa efek, jika tidak, pftt, I'm doomed. Paper t2 macam haram-,-"


Inventory is valued at the lower of cost and net realisable value.


Meski esok adalah hari terakhir trial, dengan t3 sebagai penutup periksa, aku merasakan, dan aku bertekad, ingin belajar di rumah walaupun sedang cuti. Final dah dekat, aku nak keputusan yang terbaik! Ye, mari kita lihat bagaimana hasilnya sama ada buku akan disentuh tatkala di rumah ye.


Tapi aku sungguh taknak fail t2 final nanti weh. Kena repeat, keluar duit weh. Jikalau murah lain cerita, tapi rm 265.00 je. Kesianlah ayahanda aku si Zainal Abidin tu pula. Doakan aku ye kawan kawan, aminnnnn.


Oh, juga, tahniah kepada kawan aku sorang ni, Sastraboy, kerana hasil karyanya akan diterbit dan dibukukan oleh 'Soltura' . Dijadualkan akan keluar sama ada bulan 12 atau Januari, ramai ramai kita beli ye!




4 comments: