Apa.kau takut akan perubahan?

posted by Mo(:


Ye. Sesungguhnya aku memang takut dengan perubahan. Aku mengaku.


Aku tak tau laa apa kena dengan diri ini. Apa masalah kau eh sebenarnya wahai Hanan Zainal Abidin? Kau takut hadapi dunia yang sememangnya banyak ranjau dan duri? Kau takut akan berubah menjadi seseorang yang lain? Kau takut akan kehilangan apa yang kau ada sekarang? Haih. Aku pun tak tau apa yang aku takut weh. Serious aku tidak mengetahui. Dan aku runsing.
Aku bingung.


Genap seminggu lagi,ialah 26 Jun. Ye,hari aku menjadi siswi di UiTM Shah Alam. Teruja? Entaaahhh laaa.


Tapi apa yang aku betul betul tau,aku akan merindui segala benda lah yang dah berlaku since enam bulan lalu aku meletakkan noktah terakhir di paper 3, exam Chemistry. Tak tipu banyak benda aku belajar oh. Baru aku tau dunia ni besar. Baru aku tau dunia ni ramai orangnya. Baru aku tau dunia ni banyak cabaran. Dengan korang lah aku belajar semua benda ni. Ye korang,makhluk bernama teman teman.


Nak cerita semula pasal apa yang dilalui dengan korang memang sampai bila tak habis? Dan juga akan diselangi gelak tawa,air mata. Gelak kerana gembira? Tangis kerana sedih? Mungkin ye,dan mungkin juga tidak. Tapi satu perkara yang pasti,saat bersama memang tidak terhingga nilainya (:


Karma. Aku sayang korang sampai bila bila. Korang kawan paling baik aku pernah ada,langsung tiada unsur dusta di situ. Dua tahun kita bersama,macam adik beradik dah kan? Kau tau rahsia aku,aku tau rahsia kau. Semua kongsi sama; baju, tilam, makanan, buku. You name it. Semua dah lalui bersama. Walaupun kita akan mengukir jejak langkah sendiri,tapi korang tetap akan jadi teman baik aku. Haha ye,aku akan pastikan tiada siapa mengganti tempat korang. Kerana korang memang yang terbaik ♥


Teman teman; ahh,banyak benda yang sebelum ini tidak pernah diterokai,telah pun diajar oleh korang. Dulu mungkin sering selisih di jalan tapi tidak bertegur sapa,sekarang boleh melepak bersama. Sekepala. Dari tengok bola,main guitar,lawan twister,lepak mamak,etc etc. Tiap hari menghadap muka korang gelak senda, bergurau setiap masa. Sungguh, memori ini aku pegang erat kerana zaman universiti tidak lagi berkesempatan sebegini *sigh


Oh, jangan sesiapa pasang lagu I'm Gone tatkala kehadiran aku, satu amaran. Nanti aku menangis siapa nak pujuk ha? Alex Turner aku busy,aku taknak kacau dia. Okay tak perasan lebih macam biasa.


5 comments:

  1. kau juga lah teman aku ke tandas bila aku takut. wahahaha! i miss you Hanan ;)

    ReplyDelete
  2. Im one of them.
    Takut kan perubahan :/

    ReplyDelete
  3. waaa,nnt puase aku nk g bilik sape lagi kan?gerakkan sorg2.haha.mengenangkan dah tak lame kat sini sume org pon.sangat berharap,kite bole gather balik one day with the same feeling that we had all these while.saaaayang korg jgak tauu karma :D

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. lalala..
    lpak nan..
    jgn sdih sgt dok..
    dduk kt u..
    bkan suck sgt pn..
    kte main syah alam lak lpas ni..
    taw2..
    lalala..

    ReplyDelete