Abah

posted by Mo(:


Aku musykil tatkala menerima satu pesanan ringkas.Datang dari nombor antarabangsa.Pasti dari abah.Dan sms itu berbunyi, "Do you know what day is today?"


Obviously father's day.Mula mula aku buat tak tahu.Konong kental.Tapi lepas seketika,aku terkesima.Mula terkenang seribu satu peristiwa.


1. Aku selalu guna nada kasar bila marah dengan abah.Aku tahu aku berdosa.Tapi abah diam je kan? Abah buat relax je.


2. Aku memang jarang cakap 'i love you' kat abah.Kalau ye pun dalam text message je.Sebab aku punyai ego yang tinggi.


3. Aku tak suka bila abah mula tanya macam macam pasal kawan,ke mana aku pergi.Aku mula buat muka,dan kunci diri dalam bilik.Tika itu aku tidak sedar bahawa abah hanya concern.


4. Aku bengang taktala abah bising asyik balik kul 12 malam.Dalam hati aku berkata, Dah besar kot.Asal nak kecoh lak? Tapi abah cuma nak aku selamat kan.Lagi pelik,the next day abah buat lek like aku tapenah rebel pun semalam.


5. Abah tak putus putus jaga hati aku.Dia tahu aku tidak suka dikacau bila tiada mood.Dan bila agak agak aku macam nak marah,dia mintak maaf.Walhal itu memang sebenarnya salah aku.Tapi abah tak kesah.Kerana dia nak tengok aku gembira je.


6. Aku ingat lagi aku nangis macam apa bila abah hantar sms waktu dah nak spm.Time tu abah kat mekah,buat haji.Abah pesan belajar elok elok.Aku dah emosi macam apa.Time amek result spm,result tak gempak.Mula mula control macho lagi,tapi last last nangis jugak.Aku tahu abah hanya nak aku berjaya.


7. Semalam hantar abah gi klia.Selalu peluk abah en?Tapi kali tu tak.Sebab aku merajuk dengan abah dari semalam.Tapi abah tetap bagi pesanan macam biasa.Aku angguk angguk.Dalam kereta,aku menyesal.Aku rindu pelukan abah.


Aku sedar,aku bukanlah seperti anak yang diimpikan oleh abah.Banyak sangat salah laku aku terhadap dia,tapi dia tidak pernah berhenti memberi perlindungan dan kasih sayang kat kitorang (walaupun pada masa itu kami hanya take things for granted).


Aku sering hanyut dalam dunia yang aku kira memberi kepuasan,kononnya mengisi jiwa remaja ini. Tapi aku sedar,dunia keseronokan ini tak kekal lama.Dia akan datang dan pergi.Tapi satu benda yang aku satu pasti,abah tidak pernah akan meninggalkan aku.Dia ada,dan sentiasa ada.Sebab itu aku sayang abah aku ♥



No comments:

Post a Comment