Bersemadilah dengan aman sahabat

In memories of Muhammad Asri b Dzulkifly,
10th August 1992 - 1st December 2010
A good friend, one of a kind.

Ingat lagi pertama kali berjumpa dengan kau di UiTM. Kau dengan ayah kau menuju ke pejabat. "Budak baru," kataku dalam hati. Soon to be classmate, mungkin. And it was true. Esoknya, kau turut menjadi warga CT1D.

Nama dia Asri. Dulu sekolah St John. Tidak menetap di kolej, berulang alik. Ada motor. Kawasaki Ninja.

Antara info yang aku tau bila Madam T. Chantra tanya akan perihal diri kau dalam class pertama.

Dan aku ingat, time class Madam Chantra juga aku terdetik hati untuk bertegur sapa. "Eh, kau duk Setiawangsa kan. Dekat doh dengan aku." Then we just went on talking, sehingga habis class. Even turun lift sama sama sampai ke cafe. Berbual tentang scar yang kau dapat dari recent accident, and such.

Since that day, whenever I step into the class, talking to you is a must. Ada je benda yang hendak dibualkan. Dari ke mana kau melepak malam itu, sehingga cerita perjalanan kau ke UiTM pada pagi itu. Kau easygoing, segala benda boleh buat borak.


Berapa bulan je oh aku sempat mengenali kau. Tapi banyak memori antara kau dan aku.

Kau bosan, kau nyanyi lagu 'Love the way you lie.' Aku menyumbang suara yang tidak merdu.
Aku bosan, pusing ke belakang mula lah,hi Justin! Kau dengan penuh macho membalas, ssup?
Kau sakit, aku yang risau macam apa bila kau jalan pun dah tak betul.
Aku tak datang class, kau yang ligat bertanya mengapa sambil membikin lawak jenaka.

Nak tulis satu satu moments dengan kau kat sini, memang sampai bila tidak ketemui titik noktah.

Benda sungguh aku kesal, tak sempat pun jumpa kau sebelum kau pergi Justin.

Sebulan yang lalu kau sudah mula sakit sakit.
Text aku memberitahu kau tidak datang ke class, masuk hospital. Dek hyperventilation.
Nak lawat tetapi kau melarang. Suruh tunggu kau balik UiTM, nanti kau cerita segala.
Aku pegang dengan kata kata kau, aku tunggu.

Kita text macam biasa lagi, aku ambil tahu perkembangan kau dari semasa ke semasa.
Satu hari kau bilang kau sudah keluar dari hospital. Tapi kini di rumah nenda, dia yang jaga kau.
Mahu melawat, kau melarang lagi. Aku pasrah je Justin.

Trial came and went. Prepare untuk finals pulak. Study week.

Tatkala aku on the way ke Shah Alam, kau text mengatakan kau di-charge ke hospital kembali.
Aku cakap untuk kali tah ke berapa, be strong. Aku nak jumpa kau lagi.
Dan kau pun balas, Justin will be okay soon, just the matter of time.
Tutur kata kau aku percaya. Aku tunggu kau sihat. Aku tunggu masa untuk dengar cerita kau lagi.

Tapi kali itu, aku tak bawa laptop ke universiti.
Tidak melayari laman sosial Facebook, maka tidak tahu pun keadaan kau makin kritikal.
Tidak tahu pun kau kini menghidapi leukimia.
Aku hubungi kau akan tetapi tidak berjawab.
Aku taktahu apa nak buat ketika itu, hanya mampu berdoa untuk kau.
Every day, every hour, every minute, every second.


Tapi Tuhan lagi sayang kau kan Justin.
Pagi hari pertama finals, dapat text mengatakan kau sudah pergi menghadap Dia.
Mula mula sungguh tak percaya. Eju hubungi bonda kau, mengesahkan yang kau kini sudah tiada.
Memang air mata tak berhenti mengalir selepas itu.

Tengah tengah jawab exam pun teringat kau tahu tak, terkedu seketika.

Berlarutan sehingga ke malam. Orang tanya sikit, "Kau okay tak Hanan, kau sedih eh?
Sedih pasal Asri lagi ke?" Automatik air mata berguguran, entah mengapa.
" Since kau pun memang rapat dengan dia kan compare dengan kitorang, tapi kau be strong lah."
Memang aku tidur dengan mata super bengkak semalam.

Hanya Tuhan tahu betapa aku rindu kau Justin.

Aku teringin dengar suara kau lagi, aku teringin bergelak tawa dengan kau lagi.
Tapi orang cakap tak baik meratapi, kau juga yang tak tenang di kubur sana.
Maka aku hanya boleh bersabar.
Kerna aku tahu jika menangis air mata darah sekalipun kau tak akan kembali.
Hanya kesabaran yang membuatkan aku keep on living.

Tapi aku tak nak menangis lagi dah.
Kini aku mahu tersenyum je tatkala teringat akan kau.
Teringat waktu belajar sama sama dengan kau, teringat perkara yang sering kita bualkan.
Aku nak kau jadi memori yang manis, cebisan hidup aku yang bernilai tatkala bergelar seorang siswi.

You may not be here, but your strong-willed spirit will always stay;
keeping us motivated day by day to live this life.

May you rest in peace, my Justin ♥

yang sentiasa mengingati kau,
HananZainal


9 comments:

  1. Doa banyak-banyak untuk dia, Sim.
    Minta pada Allah untuk kau jumpa balik dengan dia dekat Jannah nanti, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. sedih aku baca...
    al-fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  3. doa banyak banyak hanan sayang . Allah lagi sayang than you do .

    ReplyDelete
  4. Yeah, the only thing that i can do for him right now is pray :) thanks guys

    ReplyDelete
  5. sim be strong okay. aku sedih sangat baca post ni. :'(

    ReplyDelete
  6. gua ada beb. kawan-kawan lu yang lain pun ada.

    doakan dia gumbira (:

    ReplyDelete
  7. Yeah, kawan kawan yang special in their own way :) tengs weh

    ReplyDelete
  8. hanan, sangat sedihhh. i dont know whyy. but lately ni i just cant cope with anything like this any more. it seems that, one by one orang start pegi. and its scares me to hell. lagi lagi, with all the distance. tiap tiap hari doa semua orang selamat. aku takut sim. sangat takut. and let say aku pergi dulu, kau maafkan segala dosa salah silap aku kat kau eh. since the first time we met, mane tau kau ade kecik hati dengan aku ke ape ke. im sorry k hanan. i love you :)

    ReplyDelete