Ini bukan selamat tinggal


Lupa nak tanya berapa lama kau punya perjalanan dari Malaysia ke padang pasir.
Tatkala kau membaca ini,besar kemungkinan kau sudah di sana.all safe and sound,aku harap.


Di sana jaga diri,
Di sana belajar elok elok,
Di sana moga baik selalu,
Di sana belajarlah mengenali kehidupan.
Mungkin semua orang menasihati kau akan itu bukan.Tapi kami cuma nakkan yang terbaik untuk kau.


Sesungguhnya inilah permulaan untuk satu kehidupan yang menarik bukan?
Kau akhirnya menjadi seorang siswi,turut mengharungi apa yang kami lalui di universiti.Cuma situasi kau lagi hebat lagi tough.Tanpa keluarga dan benda benda norma di sisi,semuanya pasti menjadi cabaran bukan.Tapi kau kuat,aku tau kau mesti boleh buat.


Semalam kali terakhir kau menghubungi menggunakan nombor 012,kau kelihatan ceria sahaja.Aku turut tersenyum mendengar keghairahan kau untuk akhirnya menjejakkan kaki di sana,setelah berbulan bulan menunggu.


Kita bercakap dan bercakap.Kemudian menekan butang end call di telefon.


Kembali menyiapkan nota t1.


Tangan berhenti menulis seketika.


Satu persatu air mata jatuh ke atas kertas yang dipenuhi dengan terma terma akaun. Damn. Kenapa kau tewas dengan kesedihan Hanan?


Pensil dan buku ditolak tepi.


Kembali mengimbas kenangan lama,dan memikirkan apa yang bakal berlaku.


Yang pasti, semuanya tidak lagi akan sama.
Segala lepaks dan sleepovers,
Segala waktu bergossip dan bercerita,
Akan terasa berbeza.


Karma tidak complete tanpa NadCo.


Kami cuma sayang kau sangat Nadia Zahari.


Mengelap air mata.


Usah bersedih lagi.Aku doakan seribu satu kejayaan untuk kau.


Kau jangan tensi tensi bercakap arab di sana ye,
Kau jangan berputus asa pula.
Nad yang aku kenal dia hebat.
Dan jangan pula tatkala kau pulang ke sini takreti consume makanan Melayu pula.


Kami di sini menunggu kau,dan juga selendang berwarna warni itu.
Aku di sini menunggu dengan open arms. :)


Ini bukan selamat tinggal.
Aku hanya menunggu waktu untuk berkata hello kembali.


Hari ini berbaju hitam ke kelas dek berkabung,HAHA



nota kaki; nak letak lagu 'leaving on a jet plane' tapi wifi uitm slow macam celaka taboleh nak tolong ah




3 comments:

  1. sedihnya sim..
    sabar ye.
    aku pun jadi sedih baca entry yang ni. :(

    ReplyDelete
  2. kau sajeee je kan nk buat aku nanges2 kat tempat orang,homesick tau macam ni,rindu koranggg!): rindu pavi,rindu nk sleepover.my world here is not the same without you people]:

    ReplyDelete