Jangan baca.



Ini adalah entri yang emosi. Banyak merapu lagi membebel. Jikalau kau sanggup, sila teruskan membaca. Jikalau tidak, kau boleh sahaja menekan icon x yang berwarna merah di sudut kiri/kanan gadget anda.


Setiap hari aku menulis. Tapi semuanya masuk ke bahagian draft. Bermacam perkara diperihalkan di dalam tulisan. Suka suki, geram, mengidam makanan, kerinduan. Namun tatkala laptop dibiarkan, dan adik pula datang bermain game, sudah pasti segala benda dikacau. Blog pun ditutup. Mungkin petanda segala benda itu bukan untuk dikongsi.


Aku penat.
Penat dengan dunia ni.


Namun siapalah aku untuk berkata sedemikian?
Adakah aku sudah berusaha sekuat mungkin untuk berputus asa?
Adakah aku begitu lemah untuk tidak lagi menghadapi ujian yang diberi olehNya?


Entah mengapa. Aku kini sudah menjadi seorang yang heartless.
Bukan seperti yang diingini,tapi suasana sekeliling memaksa sedemikian.


Biarlah.


Apa yang aku tahu dan aku kesah sekarang ini,
Aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.


Aku penat melayan mereka yang tak reti nak menghargai,
Aku penat cuba memuaskan dan menjaga perasaan orang, tatkala aku sendiri tidak terurus.
Aku penat mencapai expectation orang dan bukannya expectation aku sendiri.
Aku penat hendak bertopengkan muka lagi.


Engkau mahu kata aku berubah?
Ikut suka engkaulah.


Yang aku tahu,aku ingin berjaya. Aku penat hidup dalam kegagalan.
Gagal membuat kedua ibu bapa bangga dengan diri, gagal mencari identiti.


Tapi aku kini sudah punya arah tujuan.


Izinkan aku pergi.
Jikalau kausemua mahu terus kekal dengan gaya hidup sekarang, teruskan.
Namun jangan sesekali kau membunuh impian aku ini.


p/s; Ini bukanlah karya yang proper. Hanya luahan seorang budak yang sedang mencari jawapan di dunia yang langsung tidak menjawabnya.



1 comment:

  1. : Aku penat melayan mereka yang tak reti nak menghargai :

    jangan layan dorang ni semua. hehe. penting sangat ke dorang ni beb?

    huhu. jadi diri sendiri. cuba sampai mati!

    ReplyDelete