Sumpah cool doh kau.

posted by Mo(:


Masuk UiTM ni,ramai orang aku jumpa.Bermacam macam ragam.


Ada yang cakap kuat,ada yang senyap dengar orang cakap je.Ada yang tinggi,ada yang pendek.Ada yang datang dari Kelantan,ada yang dari Johor.


Mana cool, mana tidak?


Yang membawa kepada persoalan,apa itu cool?


Orang yang cold itu cool.Orang yang pakai baju Topshop itu cool.Pakai Asadi,gila tak cool.Kau cakap lembut,tak cool langsung sial!


Kasihan dunia.Masing masing sekarang berlagak Tuhan.Mengadili orang melalui luaran,dan meletakkan hukum mana yang betul atau tidak.


Orang yang ponteng sekolah dan melepak di mall itu cool.Lagi cool kalau kau bawak scooter pergi sekolah.Cool habis kau ada band.Kau pernah duduk overseas,sumpah cool!


Kau tak pergi concert Usher kau tak cool.Kau dengar band Kristal? Zaman apa kau hidup ni?


Hebat eh kita,sesuka hati melabel orang.Jikalau begitu,tak perlulah ada Tuhan ye?


Ada undang undang ke nak jadi cool ni? Ada terms & conditions dia? Kalau ada,aku nak jugak tahu.Tapi selalunya orang yang tak ikut undang undang ni yang cool kan? Jadi macam mana sekarang?


Kau cool,kau boleh jadi kaya raya ke? Kau cool,boleh dapat anugerah Decan ke? Kau cool,boleh jadi orang ternama ke?


Jika berlaku jujur,aku akan jadi tidak cool.Jadi maknanya aku kena jadi hipokrit lah? Gila tak coolnya!





Lagu ni melekat dalam kepala otak weh.


6 comments:

  1. suka post nie,tapi,aku pun suka judge orang.haih

    ReplyDelete
  2. Aku pun sama sam.sigh.tapi tgh cuba untuk berubah la ni.haha.

    ReplyDelete
  3. hanan! :) agaklahh. kita sapa nk ckp org tu jahat atau baik. Allah je tahu. kita takde right pun kan.

    Btw, lagu universiti malaya lagi rancak dan sedap lahh hanan :)

    ReplyDelete
  4. Ada lagi satu lagu uitm! yang tu lagi rancak lagi best.haha.

    ReplyDelete
  5. sim, aku suke lahpost kau yg cool ni.
    sgt2 make sense do.
    yeah, uitm di hatiku!!

    ReplyDelete