Makhluk bernama kawan

posted by Mo(:


Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang orang yang kita boleh berhubung.

Tapi apakah itu kawan?

Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak lepak? Rakan rakan sekolah? Atau, kawan kawan yang bersama kita semasa kita kecil?

Takde prejudis. Takde perbezaan. Takde pertandingan. Takde persaingan.

Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata. Dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

Takde hal. Sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas.

Tak payah keluar rumah. Tak payah bangun kerusi. Tenung skrin komputer, keletak keletuk je keyboard.

Boleh suka benda yang sama, tak suka pun takpe. Kenal tak kenal belakang cerita. Risiko ditanggung sendiri.

Kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.

2 comments:

  1. simmm, love your words!
    *thumbs up*
    yang part tenung skrin komputer tu takleh bla tapi sangat tepat. tehee.

    ReplyDelete
  2. lol. that tenung skrin komputer punya part can't be denied lahh ;p

    ReplyDelete