Perkara normal lah kan, untuk kita sebagai manusia, paling kurang sekali, untuk mengalami saat kejatuhan. Jatuh terhempas begitu kuat, lantas merasakan diri sangat lemah. Terhempas begitu kuat sehingga merasakan tiada makna untuk meneruskan hidup lagi.
Pasti pernah bukan?
Tapi kita juga adalah makhluk buatan Tuhan. Saat kau merasakan tiada lagi makna untuk gah berdiri, tidak terlintaskah di fikiran bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keistimewaan dan fungsi yang tersendiri. Mana mungkin diri dicipta untuk menjadi seseorang yang langsung tidak punyai makna. Kau boleh jadi seorang akauntan, seorang pharmacist, seorang guru, seorang pakguard, seorang engineer; di mana masing masing ada kelebihan tersendiri.
Terfikirkah anda?
Orang kata, buka lembaran baru,turn on a new leaf.
Kembali mendaki.
Mendaki kembali.
Meski kita semua tahu itu bukanlah sesuatu yang senang persis memakan icecream paddlepop. Apatah lagi tatkala diri baru sahaja bangkit dari kekalahan, dan terhempas buat kali kedua. Sudah pasti la kan, keperitan yang dialami makin berganda; luka berdarah kembali.
Untuk bermula kembali, tentu sakit. Adalah tidak mustahil terdapat segenlitir yang akan mengambil jalan mudah dek tidak sanggup lagi menanggung risiko. Tidak sanggup lagi untuk jatuh berderai.
Akan tetapi, lupakah anda? Behind every cloud there is a silver lining.
Di sebalik segala risiko yang ditanggung, di sebalik tiap kali kau jatuh berderai, akan terhasil sesuatu yang sangat manis yang akan kau pegang erat sehingga ke hujung waktu; ditambah lagi dengan kepuasan hati tatkala berjaya mengharungi perjuangan itu.
Peristiwa berlaku dengan sebab.
Terus mara ke depan.
Pancaroba sememang lumrah hidup.
Jangan cuba "gostan".
Kembali mendaki.
Mendaki kembali.
Di sepanjang perjuangan kau itu, berpegang teguhlah dengan harapan; harapan yang begitu cantik. Kerana harapan itulah yang akan terus membawa kita mara ke hadapan.
ps; Diselitkan unsur icecream paddlepop kerana sekarang aku mengidamkan itu.
pps; Post adalah untuk mereka yang mengalami kesusahan ketika ini, umumnya, dan juga untuk rakan rakan yang menerima keputusan finals CAT ACCA pada hari ini khasnya.